persahabatan adalah hidup,
ia mengalir di darahku,
bergetar di nadiku,
berirama dengan tiap detak jantungku,
persahabatan adalah kukuh,
setegar batu karang,
seteguh tembok cina,
mesti raga tumbang,
ia akan selalu tegak dalam dada yang memendam langit,
nyayian ini untuk kawan,
untuk setiap langkah yang kau jejakkan,
pada jalan-jalan takdir yang mengurat di telapak kaki,
untuk kebersamaan kita di detik terakhir,
dan untuk semua kebisingan ini,
persahabatan adalah nyayian
ia mengaun dalam setiap desah nafasku,
dan jika berkata ,berkatalah pada aku tentang kebenaran persahabatan..??
sahabat adalah kebutuhan jiwa yang mesti ditempuhi....
dialah ladang hati yang kau taburi dengan kasih dan kau panen dengan penuh rasa terima kasih..
dan dia pulalah naugan dan pendianganmu
kerana kau menghampirinya saat hati alpa dan mencarinya saat jiwa butuh kedamaian
bila dia bicara mengungkapkan fikirannya
kau tiada takut membisikkan kata ''tidak" di kalbumu sendiri..
pun tida kau menyembunyikan kata ''ya"
dan bilamana ia diam hatimu tiada kan henti mencuba merangkun bahasa hatinya
kerana tanpa ungkapan kata
dalam rangkuman persahabatan,segala fikiran,hasrat dan keinginan terlahirkan bersama dengan sukacita yg utuh yg tida terkira...
dikala berpisah dengan shabat..janganlah berduka cita,,
kerana yg ku kasihi di dalamnya...
mungkin lebih cemerlang ketika ketiadaannya..
bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki..
nmpak lebih agung daripada tanah dataran...
dan persembahkanlah yang terindah buat sahabatmu..
jika dia harus tahu musim surutmu,
biarlah dia mengenal pula musim pasangan mu,
gerangan apa sahabat itu hingga kau senantiasa mencarinya...
untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu??
carilah ia untuk menghidupkan sang waktu..
kerana dialah yg bisa mengisi kekuranganmu,bukan mengisi kekosonganmu
dan dalam manisnya persahabatan biarkanlah ada tawa ria berbagi kebahagian
kerana dalam titik-titik embun pagi hati manusia menemukan fajar jati dan ghairah segar kehidupan......
p/s : kawan-kawanku..yg ni sja yg dpat aku ungkapkan untuk kalian suma..Mummy syg Kamoo suma....
0 comments:
Post a Comment